This is my new Entry. Blog lama dah pupus. Alhamdulillah. Aku masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi Allah yang Fana' ini. Masih diberi peluang untuk menimba segala ilmu yang ada di pelosok bumi ini. Allahuallah. Terimakasih Allah. Kini, umurku bakal menginjak ke alam yang berbeza iaitu alam dimana aku harus berdikari untuk mencari rezeki, dimana aku sudah pergi meninggalkan sekolah yang sudah 5 tahun aku menimba segala ilmu yang ada dan dimana aku melangkah kaki meninggalkan sahabat sahabat yang sudah membesar bersama. Inilah perkara yang paling aku benci. Sahabat, ingin aku ceritakan segala kenangan yang telah kita lalui :D Banyak benda yang buat aku tabik hormat pada korang antaranya ialah korang ni suka buat kumpul bila ada salah orang kawan bergaduh. Nanti mulalaa semua luahkan ape yang tak puas hati itu ini kan? HAHA. Sampai aku aku pon terkena -,- But, Sokay. Untuk kebaikan bersama. Haha, aku paling tak sabo bila time birthday. Itulaaa yang paling aku takboleh lupakan. Since aku duduk asrama, thats are the best moment. Baling tepung la, belasah belasah la, siram air longkang plus teloq laaa. Aduhaaaai~ Semua aku dah kena. Hmmmm. Tapi kan, bila dah habis SPM ni aku rasa sedih plus sebak gila sebab memasing nak pergi buat haluan sendiri. I dont believe it! Tapi, bila aku cubit paha kanan kiri rasa sakitnya dan hakikatnya aku bukan mimpi :( Aku sayang korang. Sayang sangat sangat. Tapi nak buat cane kan. Kita dah janji kan nak buat reunion masa 25 nnt kan. Untuk ape? Untuk tengok suami memasing. HAHA. Ape ape je korang nikannn.Bytheway, BIARKAN JASAD KITA TERPISAH. TAPI HATI JANGAN SESEKALI! Remember this my dear. Uols always in my deep heart. Thanks for being my friends. Start dari form1 yang ala ala hingusan sampaila jadi senior ^^


TAK ADE APE YANG LEBIH BAHAGIA SELAIN DAPAT BERSAMA DENGAN SAHABAT



COPYRIGHT by de Princessca