Wah wah wah. Tajuk Entry kali ni macam gempak semacam >< HAHA. Ciri-ciri jejaka Idaman? Mak Aihhh. Takpelaaa. Saje je nak share share ciri ciri lelaki yang aku nak. Tak salah kan? Hehe. Okay. Jom kita ketahui apekah ciri ciri idaman lelaki admin ni :D 


 1) Soleh
Seperti yang kita ketahui, setiap wanita pasti mengidamkan seorang lelaki yang Soleh
sama jugak macam aku. Aku mengimpikan seorang lelaki yang boleh membimbing aku bukan saja di dunia malah di Akhirat jua :D 


  2) Penyayang
Aku mengimpikan seorang lelaki yang penyayang. Yang menyayangi Ibu Ayahnya, Adik-adiknya serta Keluarganya. Paling penting cinta akan AgamaNya iaitu Islam :) Beliau juga haruslah seorang yang mencintai kanak kanak :D 


  3) Tidak MEROKOK
Merokok? Ye! Aku tegaskan benda ni. Aku tak suka lelaki yang merokok. Tahap tak suka aku tu bukanlah sampai ke tahap benci atau nyampah ke ape. Sebab dalam family aku pon ada yang merokok. Tapi andai kata, ALLAH s.w.t memang tetapkan jodoh aku dengan seorang lelaki yang merokok, aku nak buat macam mana kan? Kenelah terima. Takpe, In Shaa Allah boleh mengubahnya dengan perlahan perlahan dan bersabar :D 


  4) Tidak PANAS BARAN 
Ini penting! Bukan yang panas baran. Jujur aku kata, aku takut dengan lelaki yang panas baran semua ni. Panas barannya semacam je :3 Aku takut. Elak je bila anak melalak ke ditambahkan lagi dengan masalahnya habis benda melayang --" Mintak dijauhkan dengan orang yang macam gini.  


 5) Hormat orang Tua
Hormat orang tua? Ya Allah.. Sejuk perut ibu yang melahirkan lelaki maam gini :) Hormat orang yang lebih tua. Sopan tutur katanya. Lemah lebut budi bicaranya. Aku akan jatuh cinta hanya kerana budi bahasanya yang mulia itu. 




Semestinya semua ciri nya yang mahmudah kan? Hehe :) Yang Soleh, Tak merokok, Tak panas baran, Hormat orang tuaa... Tapi masalahnya masih ada lagi ke ciri ciri macam ni? Hmmm Wallahualam. Kita berdoa sajelah supaya Jodoh kita seorang yang baik hati dan segalanya yang perkara Mahmudah :') In Shaa Allah. Setakat ini saje entrynya. Jaga diri. Jaga Ikhtilat. Jaga Aurat In Shaa Allah Syurga memanggil kita :) Wallahualam..









COPYRIGHT by de Princessca